Ada sang Ulat Bulu
Punya kaki seribu
Siapa jumpa kakiku, kakiku
Jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu kurang satu
E...
Ede seng elet bele
penye keke serebe
siepe jempe keke ke keke ke
Jikele tek depet terpekse ke melempet
Dengen keke serebe kereng sete
I...
Idi sing ilit bili
pinyi kiki siribi
siipi jimpi kiki ki kiki ki
Jikili tik dipit tirpiksi ki milimpit
Dingin kiki siribi kiring siti
O...
Odo song Olot Bolo
Ponyo koko sorobo
siopo jompo koko ko koko ko
jokolo tok dopot torpokso ko molompot
dongon koko sorobo korong soto
A...
Ada song Alat Bala
panya kaka saraba
siapa jampa kaka ka kaka ka
jakalau tak dapat tarpaksa ka malampat
Dangan kaka saraba karang sata....
Lagu ni pun dinyanyikan masa mukhiyyam jugak . Kalau bosan nyanyi lah . Islam tak larang . Ha ha ha . :)
Asssalmualaikum.
-TAMAT-
Saturday, 5 May 2012
Mukhaiyyam menyeronokkan??
Assalamualaikum,sudah berapa minggu
tak post. Tapi banyak cerita yang ana nak kongsikan dekat semua orang ,
tapi jugak ana nak cerita pasal mukhaiyyam sahaja dalam post ni tak kan
nak cerita semua kot dalam satu post kan? Penyataan di atas ( tajuk )
adakah mukhaiyyam ni best, menakutkan dan tak best?Oh,ana lupa semua
orang tahu tak mukhaiyyam ni apa sesetengah orang tahu setengah tak tahu
mukhaiyyam is perkhemahan. Ha! Dah tahu kan . La ni ana nak cerita
pulak.mukhaiyyam ni diadakan pada 26/4/201 -28/4/2012 . Yang jaga kami pulak kak fesi/kak senior bagi banat la.Mukhaiyyam mesti ada lagu tema betul tak?nak dengar tak?ni ana bagi link dia http://www.youtube.com/watch?v=wAdK7bcRJYg&feature=channel&list=UL . Bagi ana la best jugak & takut sikit.
Hari pertama iaitu hari Khamis masa tu sekolah . Petang tu ada perasmian dulu, dan sebelum tu kak fesi suruh kami makan tapi tak sempat sebab mak ana hantar baju lepas tu kak fesi suruh tukaq baju. So,tak sempat . Ramai kak kak yang ada tusyen lagi tak sempat. Baru la kami dirikan khemah, mandi , makan dan solat maghrib. Lepas tu depa ajar base . Ni untuk aktiviti KRS. Bila sudah habis saja kami terus tidur tu ja yang ingat pun. Kami tidur tak lama sampai pukul 12:30 malam sebab kak kak fesi kejut tak tau nak buat apa . Depa suruh kami ambik kain anduh and then ikat dekat mata . Ah ana tau buat apa! JALAN MALAM ni tak suka ni . Ana takut gila . Ni la perasaan takut tu. Tapi ana tak dapat join sebab sesak nafas ana ikat dengan kain tudung sebab tak dak kain anduh depa pun bukak ikatan. Rupanya depa buat dekat depan dewan .Nasib baik la tak termasuk.
Ada satu kumpulan tu sampai terjerit jerit tak mau pisah ngan kawan. Lepas tu kami kena hafal surah as-saff. Hafal 3 ayat serta makna . Lepas sahaja aktiviti tu kami ikut jadual hirasah jaga malam. Maksudnya jaga khemah kot la haiwan buas mai ka. Esok pulak kak fesi adakan aktiviti paling mencabar iaitu explores . Best gila antara checkpoint dia makan segala bawang dan halia,nyanyi lagu KRS, dan yang paling best mandi lumpur dan disiram air. Kami bersihkan diri , solat dan makan. Malam tu ada tayangan video 'THE ADVENTURE OF TINTIN' sebelum tu ada persembahan masbi kami buat lakonan tak best gila kot. Kak fesi benarkan kami baring sampai kami tertidur. Apalagi marah la kak fesi. Kami terus tidur dalam khemah . Esok waktu balik kami kemas beg dan makan ,mandi .Lepas tu penutup. Ha! ana lupa nak cerita pasal barang amanah ( cawan kertas ) nasib baik simpan elok elok. Baru depa kutip . lirik lagu tema depa ambik tapi ana masih simpan!
Yang tu saja yang ana nak sampaikan. Best la jugak mukhiyyam ni yang penting niat nak datang mukhaiyyam ni sabda rasulullah:
وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب
القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله
ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق عليه
” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Assalamualaikum.
-TAMAT-
Subscribe to:
Posts (Atom)

