CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 5 May 2012

Ada sang ulat bulu

Ada sang Ulat Bulu
Punya kaki seribu
Siapa jumpa kakiku, kakiku

Jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu kurang satu

E...

Ede seng elet bele
penye keke serebe
siepe jempe keke ke keke ke

Jikele tek depet terpekse ke melempet
Dengen keke serebe kereng sete

I...
Idi sing ilit bili
pinyi kiki siribi
siipi jimpi kiki ki kiki ki

Jikili tik dipit tirpiksi ki milimpit
Dingin kiki siribi kiring siti

O...
Odo song Olot Bolo
Ponyo koko sorobo
siopo jompo koko ko koko ko

jokolo tok dopot torpokso ko molompot
dongon koko sorobo korong soto

A...
Ada song Alat Bala
panya kaka saraba
siapa jampa kaka ka kaka ka

jakalau tak dapat tarpaksa ka malampat
Dangan kaka saraba karang sata....


      Lagu ni pun dinyanyikan masa mukhiyyam jugak . Kalau bosan nyanyi lah . Islam tak larang . Ha ha ha . :)
                                 
                                         Asssalmualaikum.
                                              -TAMAT- 

Mukhaiyyam menyeronokkan??

Assalamualaikum,sudah berapa minggu tak post. Tapi banyak cerita yang ana nak kongsikan dekat semua orang , tapi jugak ana nak cerita pasal mukhaiyyam sahaja dalam post ni tak kan nak cerita semua kot dalam satu post kan? Penyataan di atas ( tajuk ) adakah mukhaiyyam ni best, menakutkan dan tak best?Oh,ana lupa semua orang tahu tak mukhaiyyam ni apa sesetengah orang tahu setengah tak tahu mukhaiyyam is perkhemahan. Ha! Dah tahu kan . La ni ana nak cerita pulak.mukhaiyyam ni diadakan pada  26/4/201 -28/4/2012 . Yang jaga kami pulak kak fesi/kak senior bagi banat la.Mukhaiyyam mesti ada lagu tema betul tak?nak dengar tak?ni ana bagi link dia http://www.youtube.com/watch?v=wAdK7bcRJYg&feature=channel&list=UL . Bagi ana la best jugak & takut sikit.


            Hari pertama iaitu hari Khamis masa tu sekolah . Petang tu ada perasmian dulu, dan sebelum tu kak fesi suruh kami makan tapi tak sempat sebab mak ana hantar baju lepas tu kak fesi suruh tukaq baju. So,tak sempat . Ramai kak kak yang ada tusyen lagi tak sempat.  Baru la kami dirikan khemah, mandi , makan dan solat maghrib. Lepas tu depa ajar base . Ni untuk aktiviti KRS. Bila sudah habis saja kami terus tidur tu ja yang ingat pun. Kami tidur tak lama sampai pukul 12:30 malam sebab kak kak fesi kejut tak tau nak buat apa . Depa suruh kami ambik kain anduh and then ikat dekat mata . Ah ana tau buat apa! JALAN MALAM ni tak suka ni . Ana takut gila . Ni la perasaan takut tu. Tapi ana tak dapat join sebab sesak nafas ana ikat dengan kain tudung sebab tak dak kain anduh depa pun bukak ikatan. Rupanya depa buat dekat depan dewan .Nasib baik la tak termasuk.

          Ada satu kumpulan tu sampai terjerit jerit tak mau pisah ngan kawan. Lepas tu kami kena hafal surah as-saff. Hafal 3 ayat serta makna . Lepas sahaja aktiviti tu kami ikut jadual hirasah jaga malam. Maksudnya jaga khemah kot la haiwan buas mai ka. Esok pulak kak fesi adakan aktiviti paling mencabar iaitu explores . Best gila antara checkpoint dia makan segala bawang dan halia,nyanyi lagu KRS, dan yang paling best mandi lumpur dan disiram air. Kami bersihkan diri , solat dan makan. Malam tu ada tayangan video 'THE ADVENTURE OF TINTIN' sebelum tu ada persembahan masbi kami  buat lakonan tak best gila kot. Kak fesi benarkan kami baring sampai kami tertidur. Apalagi marah la kak fesi. Kami terus tidur dalam khemah . Esok waktu balik kami kemas beg dan makan ,mandi .Lepas tu penutup. Ha! ana lupa  nak cerita pasal barang amanah ( cawan kertas ) nasib baik simpan elok elok. Baru depa kutip . lirik lagu tema depa ambik tapi ana masih simpan!


                    Yang tu saja yang ana nak sampaikan. Best la jugak mukhiyyam ni yang penting niat nak datang mukhaiyyam ni sabda rasulullah:

         

وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب

القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله

ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه   متفق عليه

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Assalamualaikum.
-TAMAT- 

Friday, 20 April 2012

Majlis Pelancaran PINTAR dan memory in SKPB

      Itulah sekolah ana,ni ambil gambar masa hari anugerah.Kalau sekarang ni guru besar sudah bertukar, kawan ana la cerita guru besar tu bagus setiap hari ada perhimpunan dan budak darjah 1 semua kena pakai tudung.Masa ana darjah 5,Tan Sri Mohammad Yaa'cob mai sekolah nak melancarkan program pintar.(tak pandai eja nama).Kak ana jadi pengacara dia.Hahaha.Acara diadakan di padang.semua ada sime drby la,airport malaysia dan macam macam lagi.Ha!ana terlupa ada perpustakaan bergerak datang dalam dia ada air-con.tu lah tempat nak menghilangkan peluh seseorang.Hahaha.nak tangok ka gambar dia.ni dia.
Banyak  permainan atau gerai jualan diadakan .

Logo sekolah kebangsaan permatang buloh

                                          Melancarkan perpustakaan bergerak.      
       
                
           Itu saja yang ana nak cite pasal sekolah dulu dan hari pelancaran PINTAR.Assalamualaikum.

Wednesday, 11 April 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Hei semuaaaa, ana masih baru dalam blog nih. Harap ana dapat tahu banyak perkara tentang blog nih. Ana bukannya tahu sangat pasal blog-blog bagai nih, itu pun kakak ana yang tolong ajar kat ana. Haahaaha, mula-mula masa nak buat blog, punyalaa pening kepala sebab password selalu di-reject. Err, benci kot. Hmm, sempena hari ini pulak, ada gempa bumi! Aduss bertambah parah. Ya laa sebab connection agak teruk. Benci sangaat. Tapi alhamdulillah, lahirlah jugak blog nih yang diberi nama Little Wish. Comel tak nama nih, haha. Ni kakak ana yang suggest-kan tau. Nah lawatlaa blog diaa, blog dia bertemakan photography skit, sini.

Okei, nak tahu profile ana? 

Nama diberi Anis Najihah Binti Mohd Fuad.
Tiup lilin setiap 22 haribulan Oktober.
Sekarang berumur tigabelas tahun dan belum tua.
Bersekolah di Al-Islah,Sungai Petani. Sebab tu gelaran untuk diri ini 'ana'.
Suka makan ais krim dan coklat berempahkan vanilaaa..la la laaa
Budak study lebih.
Belog ini dibina dengan bantuan sepenuhnya daripada kakak.
Sekian terima kasih kerana ana tak tahu nak tulis apa.
I'm not special but I'm limited edition.

Itu sahaja ya. Tak moh lebih lebih. Antum semua bukannya nak baca sangat kan. :/ haha. okeilah, ana letak pen dulu ya, nak buang kertas dalam tong sampah dah neh. Maklumlah post pertama ana neh cap ayam ja kan. Mana ada vogue atau famous macam blog antum semua. Hik hik. Tak apalah, setakat ini sahaja lah ya sebab kalau sambung lagi nanti ana akan terus merepek. Daripada merepek lebih baik diam. Kalau diam maknanya sudah sampai masanya untuk ana ucapkan ma assalamah.. wa ilalliqaaa :D Assalamualaikum,sehingga ke post seterusnya. =)